Sunday, 3 August 2014

Mural Di Ipoh








Kopitiam tempatan, Oldtown White Coffee atau dikenali sebagai OLDTOWN telah bekerjasamadengan seorang pelukis terkenal dari Lithuania iaitu Ernest Zacharevic bagi menghasilkan mural di sekitar Ipoh Old Town.
Menerusi kempen ‘Art of OLDTOWN’ itu, setiap tujuh lukisan Zacharevic mendapat inspirasi daripada unsur-unsur yang memainkan peranan penting di tempat kelahiran kopi putih sebenar dan asal-usul mereka yang dikongsi bersama.
Menurut Zacharevic, warisan dan budaya penduduk di Ipoh Old Town sangat memikat hatinya dan peluang untuk menzahirkan karya seni di sekitar pekan tersebut dianggap sebagai satu penghormatan terbesar.

Bits and Bobs, Ipoh



Bits and Bobs terletak di Kong Heng Square, Ipoh berdekatan dengan padang ipoh. Bits and Bobs juga terletak berdektan dengan Plan B dan Burps & Giggles. Bits and Bobs terkenal dengan ais kepalnya yang sangat unik dan dijual dengan harga yang berpatutan. Ais kepal terdapat empat perisa iaitu NishiBomb (sarsi + asam), JineeBee (rosella + lychee), NingNong (gula melaka + lychee) dan BusyBee (lemon tea + asam). Ais kepal dijual dengan harga RM3.00 sekepal. Selamat mencuba..