Sunday, 3 August 2014

Mural Di Ipoh








Kopitiam tempatan, Oldtown White Coffee atau dikenali sebagai OLDTOWN telah bekerjasamadengan seorang pelukis terkenal dari Lithuania iaitu Ernest Zacharevic bagi menghasilkan mural di sekitar Ipoh Old Town.
Menerusi kempen ‘Art of OLDTOWN’ itu, setiap tujuh lukisan Zacharevic mendapat inspirasi daripada unsur-unsur yang memainkan peranan penting di tempat kelahiran kopi putih sebenar dan asal-usul mereka yang dikongsi bersama.
Menurut Zacharevic, warisan dan budaya penduduk di Ipoh Old Town sangat memikat hatinya dan peluang untuk menzahirkan karya seni di sekitar pekan tersebut dianggap sebagai satu penghormatan terbesar.

No comments:

Post a Comment